Pengasas

Print this entry

Pengasas

Gold Pincer Trading /
Kacip Emas Global Sdn Bhd

pengasas“Niat saya untuk membantu mereka yang mengidap penyakit ini dengan keredhaan Allah”

Demikianlah ujar kata-kata penuh bermakna daripada pengasas Kacip Emas Global Sdn Bhd, Kapten (B) Yusoff Md Saad yang telah memulakan penghasilan produk Kacip Emas sejak dari tahun 2001 lagi.

Kapten (B) Yusoff Md Saad berasal dari Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman. Berkelulusan akademik MCE, beliau pernah memegang jawatan sebagai guru sementara selama 2 tahun pada akhir 60an.

Pada tahun 1968, beliau telah memasuki Angkatan Tentera Malaysia. Beliau yang bermula dari Laskar Berpangkat Bawahan telah berkhidmat dengan ATM selama 33 tahun sehinggalah 1991. Kursus tertinggi yang pernah dihadiri beliau semasa di dalam ATM ialah ‘ Advanced Investigator’ di New Zealand.

Cekal menempuh rintangan yang mendatang

Menurut Kapten (B) Yusoff Md Saad, semasa di peringkat awal beliau memulakan perniagaan Kacip Emas, rintangan dan cabaran yang dihadapi amatlah mencabar. Sehinggakan beliau terpaksa menjual kereta untuk semata-mata untuk mendapatkan modal bagi meneruskan perniagaan.

Malah, proses permulaan pada awalnya hanyalah dijalankan secara kecil-kecilan di rumah. Pembungkusan produk asal pula sekadar menggunakan botol mineral cuma. Beliau menjalankan perniagaan dengan menjualnya dari rumah ke rumah, sehingga sampai ke satu tahap di mana ada pihak yang menganggap tindakan beliau sebagai tidak masuk akal.

Kini, semuanya tinggal sebagai lipatan sejarah. Produk Kacip Emas telah terbukti berkesan dan penerimaan masyarakat amatlah memberangsangkan. Malah ada juga pengguna yang terdiri daripada kalangan orang politik, ulama dan professional.

Bahkan, terdapat juga pesanan dari luar negara yang diterima dari masa ke semasa. Berdasarkan kepada senario ini, ianya telah sedikit sebanyak membuka peluang kepada Kacip Emas Global Sdn Bhd untuk melebarkan sayapnya di luar Malayasia, khususnya di negara Asean.

Powered by WordPress | Designed by: best suv | Thanks to audi suv, infiniti suv and toyota suv